Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razer Hadir Dengan Webcam Dilengkapi Pencahayaan Lampu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razer Hadir Dengan Webcam Dilengkapi Pencahayaan Lampu Hadapan

Razer merupakan salah satu syarikat yang sering menawarkan aksesori yang memfokuskan kepada para peminat permainan video. Hari ini, mereka turut hadir dengan sebuah aksesori memfokuskan kepada mereka yang sering menstrim permainan video di Twitch dan sebagainya – iaitu Razer Kiyo.

Razer Kiyo

Razer Kiyo merupakan sebuah webcam yang turut hadir dengan lampu dihadapan bagi memastikan wajah anda cerah dan jelas ketika sedang menstrim permainan. Razer melengkapkan ia dengan dua belas LED berwarna putih, dan pengguna boleh mengawal kadar pencahayaannya.

Dari segi spesfikasi, Razer Kiyo menyertakan kamera 4-megapixel dengan keupayaan rakaman sehingga 1080p pada kadar 30fps, atau 720p pada kadar 60fps.

Webcam daripada Razer ini turut dioptimasikan untuk beberapa perisian popular, termasuk untuk Open Broadcasting Software.

Buat masa ini, ramai penstrim video yang menggunakan webcam biasa tanpa pencahayaan atau lampu dihadapan – dan ia dilihat tiada masalah dengannya. Tidak diketahui lagi sama ada Razer Kiyo ini akan menerima permintaan tinggi atau sebaliknya.

Razer menawarkan Razer Kiyo ini pada harga $99.99, dan dijangka ditawarkan dalam sebulan dua lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gxLkdF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.