Hi! Welcome Back and Stay Tune! Reka bentuk universiti ini dikecam kerana sama macam jamban - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Reka bentuk universiti ini dikecam kerana sama macam jamban

BEIJING – Sebuah bangunan universiti di wilayah tengah China dikecam pengguna internet kerana reka bentuknya kelihatan seperti jamban, menurut laman sesawang berita tempatan.

 

Reka bentuk universiti ini dikecam kerana sama macam jamban

Reka bentuk universiti ini dikecam kerana sama macam jamban

 

 

Netizen malah mempertikaikan struktur seni bina blok 12 tingkat itu yang terletak di Universiti Teknologi Sumber Air dan Kuasa Elektrik China Utara di bandar raya Zhengzhou di wilayah Henan, lapor portal Vcg.com.

Menurut akhbar berpusat di Hong Kong, South China Morning Post, pengguna media sosial malah bergurau bahawa reka bentuk bangunan hadapan kelihatan macam mangkuk tandas dan belakangnya seperti tangki jamban.

Bahkan bahagian bumbung di blok pusat pengajian tersebut kelihatan seperti tudung tandas jika dilihat dari udara. “Ia kelihatan agak jelek dan begitu pelik,” kata seorang pengguna internet yang tidak didedahkan identitinya.

 

Sekitar 86 juta yuan (RM54.7 juta) dilaburkan dalam bangunan unik yang direka untuk membantu graduan kolej memulakan perniagaan mereka sendiri, lapor South China Morning Post. Bangunan itu dibuka tahun lalu.

Namun menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris itu lagi, ada juga kalangan pengguna internet yang bersikap lebih terbuka dan positif mengenai kejanggalan reka bentuk bangunan universiti baharu tersebut.

“Saya tidak dapat melihat sebarang inovasi dan keindahan di bangunan, tetapi pereka itu berjaya jika ia menyasar membantu graduan tempatan untuk berjaya,”tulis seorang netizen. 

 

 

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 



Sumber Reka bentuk universiti ini dikecam kerana sama macam jamban

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fZPCax

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.