Rekaan BlackBerry Motion Tertiris – Peranti Kalis Air Pertama Blackberry
Masihkah ada pembaca Amanz yang menggunakan peranti Blackberry? Sekiranya ada, anda pasti akan menyukai berita pagi ini. Rekaan Blackberry Motion tertiris pagi ini sekali lagi dari @evleaks. Sebelum ini ia dikenali dengan kod nama Blackberry Krypton. Peranti ini akan mempunyai kemampuan kalis air IP67.
Tiada maklumat mengenai spesifikasi ataupun saiz skrin. Tetapi dari gambar di atas ia sebuah peranti yang kembali kepada rekaan skrin sesentuh sepenuhnya dengan dagu yang agak besar lengkap dengan pengimbas cap jari di bahagian hadapan.
Dari segi bentuk ia mengingatkan kami kepada Blackberry KEYone cuma tanpa papan kekunci fizikal. Blackberry dilaporkan akan melancarkan peranti baru mereka bulan ini. Apakah pendapat anda mengenai rekaan Motion yang sedikit aneh ini?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gg1TI1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment