Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Dalam Pantang Didakwa Buang Mayat Bayi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Dalam Pantang Didakwa Buang Mayat Bayi


Remaja perempuan yang masih dalam pantang didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi lelaki dua minggu lalu.

Alita Waang, 19, yang bekerja sebagai pembantu restoran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di rumah di Subang Jaya, 10.50 malam, 14 Oktober lalu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh memohon jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh masih dalam pantang dan hanya berpendapatan RM650 sebulan.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang hanya menundukkan kepalanya itu diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Nov untuk sebutan semula kes.-Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gUm6Dt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.