Hi! Welcome Back and Stay Tune! Restoran RM1 Masih Wujud Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Restoran RM1 Masih Wujud Di Malaysia

Harga makanan yang dijual di kantin sekolah pun hampir menyamai harga restoran di luar jadi apabila ada restoran yang menjual makanan dengan harga RM1 senario itu tampak tidak masuk akal. Tetapi itulah yang berlaku di Kluang, Johor apabila seorang pemilik restoran memilih untuk menawarkan menu pelbagai dengan hanya RM1.

BACA: Lemang Tok’Ki Perjelas Sebab Premis Diarah Tutup

Restoran Seringgit menawarkan pelbagai makanan dan minum dengan harga RM1.

Pemiliknya, Ezal Laksamana merupakan individu yang bertanggungjawab melaksanakan idea tersebut bermula Januari lalu.

Meskipun usia restoran tersebut baru mencecah 10 bulan namun Ezal telah pun menerima kunjungan lebih 600 pelanggan setiap hari.

Daripada mee rebus, mee kari, nasi lemak, ayam goreng serta laksa, semuanya dijual dengan harga RM1 sahaja.

Meskipun setiap juadah dijual pada harga RM1 namun Ezal memastikan pelanggannya mendapat bahan-bahan yang cukup dan bukan dalam saiz yang kecil atau terlalu besar.

Bagi mengurangkan kos sewa, dia turut membuka restoran tersebut di kawasan yang tersorok di samping memastikan restorannya tidak menganggu perniagaan orang lain.

Promosi juga tidak dijalankan sebaliknya cukup dengan menjadikan harga RM1 sebagai daya tarikan utama.

Ezal turut berkongsi pengalamannya yang menerima kunjungan seorang nenek berusia 80 tahun yang mengalirkan air mata apabila hanya dikenakan caj RM2 setelah memesan bihun goreng bersama secawan Milo.

Senario itu meyakinkan Ezal bahawa keputusan untuk menjual makanan dengan harga RM1 mampu membantu orang ramai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Ini Baru Johor”



✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xkl6ys

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.