Hi! Welcome Back and Stay Tune! Salleh: Dr Mahathir Wajar Bubar PPBM, Masuk DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Salleh: Dr Mahathir Wajar Bubar PPBM, Masuk DAP




Kenyataaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini menyedari bahawa persepsinya terhadap DAP selama ini salah, hanya menimbulkan pelbagai persoalan dan pandangan berkenaan sukar diterima, kata Bendahari Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Katanya jika Dr Mahathir menyedari persepsinya terhadap DAP selama ini salah mengapa beliau tidak meminta maaf kepada Lim Kit Siang dan parti itu semasa pelancaran gabungan pembangkang, Pakatan Harapan di Tampoi pada Jumaat yang turut dihadiri pemimpin veteran DAP tersebut.

“Yang jelasnya, (Dr) Mahathir sama sekali tidak menunjukkan kekesalannya tentang kesilapan persepsinya terhadap DAP sebelum ini. Melihat kepada hal ini, bolehkah kita terima pandangan politik (Dr) Mahathir hari ini? Bagi saya, tentunya tidak,” katanya dalam catatan terbaru blognya hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata ucapan Dr Mahathir dalam majlis berkenaan menimbulkan beberapa pertanyaan.

“Jika sudah menyedari persepsinya tentang DAP adalah salah, kenapa tidak bubarkan sahaja PPBM dan sertai DAP bagi membentuk parti pelbagai kaum yang tidak cauvinis?

“Jika Dr Mahathir mengakui tanggapannya terhadap DAP sebelum ini silap, maka apakah jaminannya yang tanggapannya tidak silap lagi pada kali ini.

“Apakah baru sekarang (Dr) Mahathir sedar DAP juga mempunyai anggota Melayu dan India?

“Jika dahulu (Dr) Mahathir tidak boleh menerima politik ‘Malaysian Malaysia’ DAP, adakah sekarang beliau menerima perjuangan DAP?” soal Salleh.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g0NvmF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.