Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya akan fokus tentang GV4, letak tepi benda-benda lain - Aishah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya akan fokus tentang GV4, letak tepi benda-benda lain - Aishah

BINTANG GegarVaganza (GV) 4, Aishah meminta semua pihak lebih terbuka dan tidak mengaitkan penyertaannya dalam program realiti itu dengan perkara berkaitan politik.

Ini kerana jelasnya, muzik itu bersifat universal dan semua fahaman atau ideologi serta hal-hal tidak berkaitan harus diketepikan.

“Saya ingin memberi fokus kepada GV4 dan saya harap semua pihak lebih terbuka dan tidak mengaitkan apa-apa.

“Muzik itu kan universal, jadi apa sahaja fahaman, perbezaan atau benda-benda lain kita letak tepi dan tidak perlu dicampur adukkan,” katanya kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun Aishah berkata, dia sudah bersedia untuk berhadapan tohmahan dan kritikan netizen kerana perkara tersebut tidak boleh dihalang.

 “Saya sudah berfikir masak-masak sebelum terima tawaran GV4. Sampaikan orang di sekeliling saya menasihatkan supaya tidak membaca komen di media sosial.

“Lagipun bagi saya... seramai mana orang yang suka kita, seramai itu jugalah yang tidak sukakan kita. Jadi, semangat saya tidak akan luntur kerana perkara-perkara remeh begitu,” ujarnya.

Dalam pada itu Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 52, menambah, dia menerima tawaran untuk menyertai GV4 kerana rindukan persembahan berskala besar.

“Saya tidak pernah berhenti menyanyi tetapi sudah berapa lama tidak terlibat dengan pentas nyanyian berskala besar.

“Jadi apabila tawaran datang, saya tidak menolak dan terus bersetuju kerana bagi saya selain memberikan platform yang baik, GV4 juga pentas terbaik untuk saya cabar diri menyanyikan lagu orang lain.

“Berpuluh tahun saya menyanyi lagu sendiri, kali ini saya perlu menyanyikan lagu orang lain. Itulah cabarannya dan saya akan buat sehabis baik,” ujarnya.

Jangan lupa untuk menyaksikan 12 bintang GV4, iaitu, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, Hazami dan Ferhad pada konsert pertama yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) atau di aplikasi Astro Go dan On Demand.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam bermula 16 Oktober ini.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di  laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web http://ift.tt/1QogQ8e.

Foto: Instagram/Facebook Wan Aishah Wan Ariffin



Sumber Saya akan fokus tentang GV4, letak tepi benda-benda lain - Aishah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kGWQEO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.