Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Menang, Ini Perkara Paling Diinginkan idayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Menang, Ini Perkara Paling Diinginkan idayu

selepas menang ini perkara paling diinginkan idayu

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Penyanyi Idayu memberitahu dia bakal menunaikan beberapa impiannya dalam bidang seni yang terpendam sejak 12 tahun lalu.

Kata Idayu atau nama penuhnya Nur Farah Idayu Yaakob, gelaran juara AF Megastar yang baru diraih akan menjadi pembakar semangat untuk dirinya bekerja lebih keras dalam bidang nyanyian.

"Selepas ini, saya akan seberapa yang pantas kembali aktif sebagai penyanyi dan tidak mahu menghampakan peminat saya yang sudah mula menghargai bakat saya.

"Saya mahu tunaikan beberapa impian saya yang saya pendam selama 12 tahun lalu.

"Saya tidak akan buang masa dan akan segera proses dengan album terbaharu saya serta terus aktif di kaca televisyen.

"Perkara paling saya idamkan juga saya mahu lagu nyanyian saya dimainkan di radio yang mana saya pasti setiap penyanyi mengimpikan perkara yang sama.

"Saya tidak akan sia-siakan peluang yang ada dan akan teruskan impian saya untuk menjadi penyanyi," katanya menurut laporan portal Astro Gempak.

Idayu membuat kenyataan tersebut selepas tamatnya Konsert AF Megastar Akhir yang berlangsung di Royal Teater Shah Alam pada Ahad.

Pada malam kemuncak itu, penyanyi berkenaan mengenepikan empat saingannya yang lain iaitu Bob, Marsha, Syamel dan Shahir.

Dalam pada itu, Idayu berkata, dia masih belum mempunyai perancangan masa depan dalam kerjayanya selain mengakui lebih selesa diuruskan suaminya sendiri.

Bagaimanapun dia bakal mempertimbangkan beberapa tawaran yang diterima daripada beberapa syarikat rakaman.

"Saya akui memang banyak syarikat pengurusan yang datang dan menawarkan diri untuk menguruskan kerjaya saya.

"Tetapi saya masih belum memikirkannya lagi kerana selama ini saya selesa bergerak dan diuruskan suami.

"Apa-apa pun kami akan memikirkannya nanti," jelasnya.

Sumber berita: Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xjpZYy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.