Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seleweng dana di Sabah: Seorang pemimpin parti politik pembangkang dibebaskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seleweng dana di Sabah: Seorang pemimpin parti politik pembangkang dibebaskan

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin parti politik Sabah yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini dibebaskan hari ini.

Lelaki berusia 46 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan ikat jamin RM50,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus.

Prosiding itu dijalankan di sebuah hospital swasta, di sini dan SPRM diwakili Pegawai Pendakwa Mohd Faliq Basiruddin.

Sebelum ini, individu berkenaan ditahan reman selama lima hari sejak Jumaat lepas, dan kemudiannya remannya disambung semula tiga hari mulai Selasa lalu, sebelum dimasukkan ke Hospital KPJ Damai disebabkan kekurangan air dalam badan serta tekanan darah tinggi.

Lelaki berkenaan antara tujuh individu yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar sejumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan dalam sebuah kementerian.

Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015.

-- BERNAMA



Sumber Seleweng dana di Sabah: Seorang pemimpin parti politik pembangkang dibebaskan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xCSOyH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.