Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Semalam Hari Terakhir Ibu Hantar Kami Ke Sekolah." Wanita Maut Dalam Kemalangan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Semalam Hari Terakhir Ibu Hantar Kami Ke Sekolah." Wanita Maut Dalam Kemalangan..


Melaka: “Pengorbanan ibu membesarkan kami adik-beradik akan saya ingat buat selama-lamanya. Semalam (kelmarin) kali terakhir dia menghantar kami ke sekolah,” kata Haida Humaira Syakir, 15, anak kepada mangsa kemalangan maut di Bukit Duyong, di sini, kelmarin lapor Harian Metro.

Haida Humaira berkata, dalam kejadian jam 5 petang, ibunya, Zarinah Sani, 44, maut di lokasi kejadian selepas kereta Perodua Myvi dipandu wanita itu bertembung dengan Proton Preve.


Anak keempat daripada enam beradik itu berkata, sejak bapa mereka bekerja di Arab Saudi, arwah ibunya bertanggungjawab menguruskan keluarga terutama menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.

Menurutnya, dia dan adik-beradik lain juga berasa terkilan kerana perancangan untuk berkumpul dengan semua ahli keluarga termasuk arwah ibu dan bapanya dengan bercuti di Turki tidak kesampaian.


“Ibu memang tidak sabar untuk bawa kami adik-beradik bercuti ke Turki, malah Isnin lalu dia belikan baju sejuk untuk kami berenam, memang sedih kerana dia pergi buat selama-lamanya.


“Ibu langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, rutin hariannya sama, sebab itu kami sukar untuk terima kenyataan ibu meninggal dunia dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka, di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.


“Akibat kejadian itu, kereta mangsa bertembung dengan Proton Preve dipandu seorang wanita dari arah bertentangan. Pemandu Proton Preve luka di bibir dan mengadu sakit dada. Dia dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.-PENMERAHPRESS


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xYeiYJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.