Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Semua Filem Yusof Haslam Dan Anaknya Patut Dicampak Ke Dalam Tong Sampah.." - Mansor Bin Puteh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Semua Filem Yusof Haslam Dan Anaknya Patut Dicampak Ke Dalam Tong Sampah.." - Mansor Bin Puteh


Masihkah anda ingat dengan lelaki tua yang bernama Mansor Bin Puteh ini? Untuk pengetahuan semua Mansor Bin Puteh adalah seorang pengkritik filem yang seringkali dengan kontroversi.

Sebelum ini dia pernah melabelkan jaguh sukan berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang sebagai seorang yang angkuh.

“Baru pingat gangsa dah angkuh….kalau emas entah macam mana lagak..” komen Mansor Puteh sebelum ini di laman facebooknya.


Terbaru, muncul pula kontroversi lain dari Mansor Bin Puteh apabila dia melabelkan filem Hollywood, filem Malaysia dan filem Yusof Haslam dan anaknya sebagai bahan tong sampah.

Sebagai reaksi atas komen itu, Datuk Yusof Haslam menyifatkan pengkritik filem kontroversi Mansor Puteh berhati hitam kerana melabel karyanya sebagai bahan tong sampah.

Tambahnya lagi, sikap Mansor tidak pernah berubah dan kini pengarah itu mengheret pula Syamsul dan Syafiq, dua anaknya itu sebagai sasaran.


“Kasihan dia (Mansor), dia mahukan perhatian selepas 35 tahun menghina filem orang lain dan pada saya hati dia ini sudah hitam.

“Hina saya tidak kisah… tapi ini melarat pula ke anak-anak saya. Biar masyarakat menilai dirinya, Rupa-rupanya masih ada ‘spesis’ macam ini dalam negara. Kalau masih muda satu hal, ini sudah senja masih tidak berubah,” katanya.

Mansor menerusi statusnya di Facebook pada Khamis lalu menulis; “Kebanyakan filem Hollywood dan filem Malaysia dan filem Yusof Haslam dan anak-anaknya sepatutnya dibuang di dalam ini (merujuk kepada gambar bakul sampah).


“Ada beberapa (filem) menimbun di sebelah dan hanya sedikit diletakkan di rak,” tulisnya.

Yusof Haslam berkata semoga Mansor dibukakan pintu hatinya dan diberikan hidayah oleh Allah.

Katanya lagi, dia bukanlah pernah meminta untuk dipuji, jelasnya yang kini berada di negara seberang, Indonesia.

Ini pula antara komen-komen netizen berhubung kritikan kontroversi Mansor Bin Puteh.




Sumber: http://ift.tt/1VWaGfX


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yzZ7Uz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.