Hi! Welcome Back and Stay Tune! Senarai Lagu Konsert AF Megastar Malam Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Senarai Lagu Konsert AF Megastar Malam Ini

senarai lagu peserta af megastar malam ini

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Malam ini sekali lagi para peserta AF Megastar bakal meneruskan perjuangan mereka beraksi di minggu ketiga.

Sembilan penyanyi yang masih kekal berpeluang menentukan lagu pilihan mengikut tema minggu ini - Mahakarya.

Produser AF Megastar, Ain Farikh memberitahu tema 'mahakarya' dibuat untuk mengangkat kembali lagu-lagu yang pernah menjuarai anugerah besar dan diiktiraf sebagai lagu terbaik.

"Kami mengangkat tema Mahakarya untuk minggu ini dan bintang-bintang ini akan menyanyikan lagu-lagu yang telah dinobatkan atau diiktiraf terbaik serta memenangi pelbagai anugerah," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Susulan itu, para peserta AF Megastar diberi cabaran untuk membawakan semula lagu-lagu tersebut dalam versi mereka yang tersendiri.

Senarai penyanyi yang masih bertanding adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Sufi Rashid, Syamel, dan Amir.

Bagaimanakah bentuk persembahan dan kreativiti bintang-bintang ini dalam memenangi markah juri dan undian penonton di rumah? Sama-sama kita nantikan.

Di sini kami kongsikan senarai lagu yang dipertaruhkan oleh setiap peserta.

1. Shahir - Pencuri Hati (Ayda Jebat)

2.Indah - Lelaki (Yuna)

3. Syamel - Hanya NamaMu (Caliph Busker)

4. Amir - Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)

5. Sufi - Izinkan Ku Pergi (Kaer)

6. Bob - My Heart Will Go On (Celine Dion)

7. Marsha - Terlalu Istimewa (Adibah Noor)

8. Idayu - Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)

9. Amir Jahari - Viva La Vida (Coldplay)

AF Megastar berlangsung setiap Ahad, jam 9 malam dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x6wEJM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.