Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shafie tiba di mahkamah dengan ambulans - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shafie tiba di mahkamah dengan ambulans

Foto BH


KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu petang ini bagi proses mendapatkan perintah tahanan reman.

Beliau tiba menaiki ambulans pada jam 2.25 petang tadi dari Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini.

Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dimasukkan ke hospital itu lewat malam tadi kerana tekanan darah tinggi.

Sementara itu, kira-kira 200 penyokong Warisan memakai baju jingga kelihatan berkumpul di luar kompleks mahkamah sejak jam 2 petang tadi.

Mohd Shafie ditahan SPRM jam 9 malam tadi selepas dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Sabah berhubung siasatan penyelewengan dana RM1.5 bilion.

Ia membabitkan projek luar bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diterajuinya dari tahun 2009 hingga 2015.- BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2irMnwF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.