Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Suka hati kau nak rembat motor orang' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Suka hati kau nak rembat motor orang'

LUNDU, SARAWAK - Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dan oleh penduduk kampung ketika cuba mencuri sebuah motosikal Yamaha 125 milik penduduk. 
Dalam kejadian jam 8 pagi di Kampung Stunggang, suspek yang gagal melarikan diri telah ditahan, manakala seorang lagi rakannya berjaya meloloskan diri. 
Lapor Harian Metro, kedua-dua suspek warga Indonesia yang masing-masing berusia 26 dan 27 tahun sebelum itu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan kampung tersebut dengan menunggang motosikal curi milik seorang penduduk. 




Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Keong berkata, kedua-dua suspek cuba meloloskan diri, tetapi salah seorang daripada mereka berjaya ditangkap, manakala rakannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran. 
"Berlaku pergelutan di antara penjenayah dan penduduk kampung yang cuba menahannya. Akibatnya suspek mengalami kecederaan di muka, badan dan kaki. 
"Suspek kemudian dihantar ke Hospital Lundu untuk menerima rawatan dan ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya. 
Polis kini sedang giat memburu seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Daya Ajiu, 27. 
Sementara itu, netizen di media sosial memuji tindakan pantas penduduk yang berjaya menahan suspek.


Sumber 'Suka hati kau nak rembat motor orang'

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gvg5w8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.