Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Berkait Pegawai Kementerian Diserbu, RM150 Juta Kena Beku - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Berkait Pegawai Kementerian Diserbu, RM150 Juta Kena Beku


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyerbu syarikat-syarikat berkaitan dengan pegawai-pegawai tinggi kementerian yang didedahkan semalam, membawa kepada pembekuan sejumlah RM150 juta yang dicuri dari peruntukan kerajaan untuk golongan miskin.

NST melaporkan, para penyiasat daripada SPRM, yang telah menyiasat secara mendalam berkenaan kes tersebut semalam telah melakukan satu siri serbuan ke atas syarikat-syarikat yang terlibat untuk mengumpulkan lebih banyak bukti-bukti forensik.

Pergerakan penyangak-penyangak yang juga merupakan pegawai-pegawai di kementerian kerajaan, dilaporkan turut dipantau secara dekat.

Memetik sumber yang rapat dengan siasatan tersebut, NST melaporkan segelintir suspek-suspek yang terlibat ada yang telah berpindah ke dalam agensi kerajaan yang lain.

"Segelintir masih berkhidmat dalam jawatan yang sama sejak mereka mula mencuri dari tabung kerajaan."

"Mereka ini akan dikepung tidak lama lagi," kata sumber terbabit.

Timbalan Ketua Pengarah SPRM (bahagian operasi) Datuk Azam Baki, ketika ditanya oleh wartawan, mengesahkan tentang siasatan tersebut namun beliau menolak untuk memberikan butiran lanjut.


Laporan tentang siasatan SPRM terhadap pegawai-pegawai tinggi kementerian yang berpakat dengan syarikat-syarikat tertentu untuk "merembat" dana peruntukan golongan miskin termasuk pelajar ada dilaporkan semalam.

Azam dilaporkan turut memberitahu NST bahawa Suruhanjaya itu bertindak secara agresif selepas mendapati pegawai-pegawai korup itu mencuri dana untuk orang-orang miskin.

Menurut Azam lagi, modus operandi mereka selalunya melibatkan pemalsuan dokumen-kokumen untuk menunjukkan kononnya projek yang dirancang sudah disiapkan, walaupun ia sebenarnya langsung tidak dimulakan.

Satu lagi kaedah "merembat" yang popular dilakukan oleh penyangak-penyangak ini ialah, melakukan pemotongan ataupun pengurangan pada kos sesuatu projek.

"Mereka tulis di atas kertas kos ialah sebanyak RM10 juta contohnya, tapi mereka potong di sana sini, duit itu masuk ke dalam poket mereka,"

"Mereka memanipulasi nombor-nombor, dan hasilnya banyak bahagian terjejas, termasuk pengurangan jumlah, saiz atau kualiti," katanya lagi sambil menambah, diantara fokus Suruhanjaya itu ialah perang terhadap korupsi untuk menutup ketirisan ketirisan dalam tabung kewangan kerajaan.

Sumber: http://ift.tt/2fbS9g4


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y0EK5p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.