Syarikat media utama dunia bergabung perangi cetak rompak digital
Gabungan ini akan mempelopori usaha untuk membasmi dan menggagalkan semua perusahaan cetak rompak seluruh Asia Pasifik, terutamanya ancaman peranti dan aplikasi penstriman haram.
CAP dianggotai syarikat-syarikat media utama dunia seperti Astro, The Walt Disney Company, Fox Networks Group, HBO Asia, NBCUniversal, Premier League, Turner Asia-Pacific, BBC Worldwide, Sony Pictures Television Networks Asia, dan Viacom International Media Networks.
Pemain industri sebelum ini menyuarakan kebimbangan terhadap aktiviti kecurian kandungan yang semakin merencatkan pertumbuhan industri dan memberi kesan kepada semua pemegang taruh dalam industri.Industri kandungan sebelum ini diunjurkan berkembang 20 peratus di Asia dalam tempoh lima tahun.
Berdasarkan hasil kaji selidik Alexa Data pada Ogos lalu, statistik menunjukkan jumlah tontonan di lima laman web haram mencecah 71.4 juta tontonan manakala jumlah tontonan di lima laman web sah tertinggi di Malaysia mencatatkan hanya 21.9 juta tontonan.
Ini menjadikan tontonan di laman web haram adalah 3.25 kali ganda lebih tinggi berbanding laman web sah seperti Astro atau netflix.com.
Rantau Asia Pasifik juga mencatatkan kes cetak rompak tertinggi berbanding rantau lain di dunia.
Sumber Syarikat media utama dunia bergabung perangi cetak rompak digital
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yxNxdO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment