Hi! Welcome Back and Stay Tune! SYED SADDIQ KETEPI OXFORD DEMI TANAH AIR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SYED SADDIQ KETEPI OXFORD DEMI TANAH AIR

Antara tawaran Universiti Oxford di England dan perjuangan politik di Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih yang kedua.

Walaupun politik tidak menjadi keutamaan teratasnya, bekas juara debat Asia itu menjelaskan hatinya tidak akan bersama di Oxford.

“Hati saya akan tetap berada di Malaysia,” katanya.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) itu mengadakan sidang media di Hotel Seri Pasifik hari ini. Perkembangan itu menimbulkan tanda tanya kerana ia berlangsung tanpa diketahui pemimpin pertubuhan berkenaan.

Pemilihan hotel itu yang mempunyai kaitan dengan Umno semakin menguatkan lagi gosip mengenai masa depan Syed Saddiq.

Menurutnya sebelum ini dia menerima tawaran melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang dasar awam di universiti berprestij itu.

“Ia bukan keputusan yang mudah tetapi saya kena memilih.

“Saya buat ketetapan untuk mengetepikan seketika tawaran Oxford dan fokus kepada perjuangan ini,” katanya.

Dengan keputusan itu juga Syed Saddiq memberitahu dia terlepas biasiswa bernilai RM400,000.

Selepas ini, katanya, jika mahu menyambung pengajian di Oxford dia tidak lagi layak mendapat sebarang bantuan biasiswa yang ada kaitan dengan universiti berkenaan.

Syed Saddiq juga berkata sidang media hari ini berpunca daripada “konspirasi” oleh seseorang yang berada di luar Pakatan Harapan.

Katanya individu itu menawarkan habuan bernilai RM5 juta dan peruntukan membuka sekolah debat di seluruh negara jika menurut kemahuan mereka.

Baru berusia 25 tahun nama Syed Saddiq menjadi perhatian selepas dia bersikap lantang kepada kerajaan.

Bagaimanapun kehadirannya sebagai Seorang daripada pemimpin utama BERSATU yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin itu kurang disenangi sesetengah pihak dalam parti berkenaan.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kiGQci

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.