Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tabung Haji minta penjelasan Arab Saudi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tabung Haji minta penjelasan Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) sudah diminta mendapatkan status sebenar daripada kerajaan Arab Saudi mengenai keputusan mahkamah negara itu yang memutuskan waris jemaah kes kren tumbang di Masjidil Haram tiga tahun lalu tidak akan mendapat pampasan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan perlu mendapatkan kesahihan berita itu terlebih dulu sebelum membuat tindakan susulan.

"Kita belum mendapat maklumat rasmi mengenai perkara ini.

"Saya sudah meminta TH menghubungi kerajaan Arab Saudi bagi mendapatkan kesahihannya," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) berhubung isu berkenaan.

Portal berita Saudi Gazette melaporkan, mahkamah Arab Saudi memutuskan waris jemaah tidak akan memperoleh pampasan kerana kes itu bukan berpunca daripada kecuaian manusia, sebaliknya bencana alam.

Laporan itu juga menyebut, tiada kecuaian dibuat oleh syarikat pembinaan iaitu Binladen Group.

Dalam tragedi pada 2015 di kawasan Masjidil Haram itu, tujuh warga Malaysia adalah antara lebih 100 jemaah haji yang terkorban selepas kren binaan tumbang akibat ribut pasir dan hujan.



Sumber Tabung Haji minta penjelasan Arab Saudi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y20QkM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.