Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Perlu ‘Cinta Lokasi’ Untuk Serasi – Zahirah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Perlu ‘Cinta Lokasi’ Untuk Serasi – Zahirah

SERING kali kita mendengar kisah selebriti yang digandingkan bersama dalam sesebuah drama, kemudian didapati bercinta ketika berada di lokasi penggambaran.

Sebenarnya perlu ke budaya seperti itu untuk mendapatkan keserasian dalam lakonan? Atau semata-mata untuk menaikkan rating sesebuah drama?

Sebagai pelakon yang sudah mula dikenali, Zahirah Macwilson mengakui bahawa dia tidak mempercayai bahawa wujudnya cinta lokasi apabila dia digandingkan dengan mana-mana aktor lelaki sebelum ini.

Menurut pelakon drama bersiri Cucu Tauke Beras itu, perkara seperti ‘cinta lokasi’ tidak perlu wujud dengan alasan mencari keserasian dalam lakonan.

“Saya sebenarnya tidak percaya dengan cinta lokasi kerana bagi saya perkara seperti itu tidak perlu ada pun.

“Sebagai pelakon mereka harus bersikap profesional dalam mencari keserasian dengan pasangan dalam sesebuah drama.

“Bagi saya cukuplah sekadar berkawan di set penggambaran sahaja tetapi tidak perlu sehingga membawa rasa itu sehingga ke luar set,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Zahirah itu. Dapat pula sekarang ni dia dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli. Ehh… Betul ke ni?

Zahirah sebelum ini pernah digandingkan dengan Kamal Adli dalam drama Duda Pujaan Dara dan itu membuatkan namanya telah disebut sebagai punca hubungan Emma dan Kamal berantakan.

Walaupun Emma sendiri enggan ulas dengan lebih lanjut, namun wanita berusia 25 tahun itu telah mengeluarkan kenyataan dengan menyuruh mana-mana pihak supaya bertanyakan kepada Kamal dan Zahirah mengenai status hubungan mereka.

“Sebarang persoalan mengenai status hubungan kami boleh diajukan kepada Kamal atau Zahirah,” katanya dipetik BH Online semalam.

BACA: Hubungan Didakwa Bergolak, Emma Enggan Beri Komen

Kenapa macam ni pula? Takkan sebab kekasih hati tu berlakon dengan orang lain, awak dah cemburu sampai macam tu sekali?

Kalau nak dilihatkan, tak ada pula dengar gosip tentang ‘hubungan cinta’ antara Kamal dan Zahirah selepas drama itu tamat ditayangkan.

Cinta lokasi ni kadang-kadang boleh dikategorikan sebagai ‘drama’ juga. Pelakon ‘bercinta’ di set, kemudian bila tamat drama, heboh konon bercinta untuk naikkan rating drama.

BACA: #CintaLokasi: Promosi Drama Bodoh Berleluasa!

Mungkin lepas ni para pelakon dapat menjadikan kisah ‘percintaan’ di set sebagai pengajaran. Bukan apa, cuma dah biasa sangat dengar mula-mula kecoh sangat konon bercinta, tapi akhirnya putus terus jadi musuh.

Nanti kalau digandingkan bersama lagi, macam mana nak cari keserasian tu semula? Satu hal pula bergaduh dekat set pengambaran. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kMIuTo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.