Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tauke Kedai Tomyam Buat Ruangan Khas Untuk Zamani 'Dating' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tauke Kedai Tomyam Buat Ruangan Khas Untuk Zamani 'Dating'

tauke kedai tomyam buat ruang khas untuk zamani dating

Kredit foto: Instagram Zamani

Penyanyi Zamani Slam mendedahkan pernah mengadakan temujanji dengan teman wanita di kedai tomyam.

Menariknya, pemilik premis kedai makan yang dikunjungi mereka bermurah hati membuat ruangan khas supaya temujanji itu tidak dilihat khalayak.

Bagaimanapun Zamani menganggap keistimewaan tersebut diberikan adalah untuk kekasihnya, dan bukanlah dirinya.

“Saya rasa tauke kedai tomyam tu buat begitu untuk teman wanita saya, bukan untuk saya.

“Apa-apa pun saya berterima kasih kepada tuan punya kedai tu sebab beri layanan yang baik," katanya.

Zamani membuat kenyataan tersebut dalam rancangan Konti Karat yang menampilkan Shuib Sepahtu sebagai hos.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Mentari Muncul Lagi itu menjelaskan hubungan dengan kekasihnya itu sudah lama berakhir.

Masing-masing kini hidup bahagia dengan haluan sendiri.

“Bagaimanapun itu kisah lama. Masing-masing dah move-on saya doakan sama-sama bahagia. Dia bahagia saya pun bahagia,” katanya lagi tentang memori 1998 itu.

Zamani kelihatan begitu ‘sporting’ melayani soalan Ketua Editor Mstar Online, Niezam Abdullah dalam kemunculannya di episod ketiga program berkenaan.

Lain-lain selebriti yang memeriahkan Konti Karat termasuk Siti Nordiana, Haqiem Rusly, Hazama, Khai Bahar, Mawi, Datuk Hattan, Datuk Zainal Abidin dan ramai lagi.

Konti Karat bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Maya HD.

Sumber berita: Astro Gempak 



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wHpjMp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.