Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terkini: Mayat keempat dikeluarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terkini: Mayat keempat dikeluarkan

GEORGETOWN: Mayat mangsa keempat kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah dikeluarkan pasukan penyelamat malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar, berkata mayat terbabit dikesan anggota penyelamat yang melakukan pemantauan permukaan di lokasi kejadian.

"Mangsa keempat dikesan pasukan penyelamat dalam keadaan tertimbus sebelum mayatnya dapat dikeluarkan pada jam 11.31 malam, sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang masih tertimbus adalah 10 orang.

"Kita akan teruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8 pagi ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Seramai 14 pekerja pembinaan yang sedang melakukan kerja mengikat konkrit terperangkap dalam kejadian berkenaan pada jam 8.50 pagi semalam.

Susulan kejadian itu, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikerahkan bagi membantu operasi SAR mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah terbabit.



Sumber Terkini: Mayat keempat dikeluarkan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yFywqq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.