Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Negara Dalam ‘Haunted Hotel’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Negara Dalam ‘Haunted Hotel’

BUKAN selalu dapat kita saksikan gandingan beberapa negara dalam satu filem. Gandingan tiga negara iaitu Malaysia, China dan Thailand merupakan salah satu faktor penarik untuk menonton filem seram terbaharu arahan Ryon Lee yang berjudul Haunted Hotel.

Filem tersebut membariskan Li Chuan (China), Aom Sushar (Thailand), Teddy Chin, Alvin Chong dan Nadia Aqilah (Malaysia).

Sebelum tayangan bermula, penulis agak skeptikal dan menjangkakan cerita ini hanya akan berkisar mengenai pengalaman di sebuah hotel yang berhantu seperti filem seram lain.
Namun, pandangan penulis mula berubah sewaktu Haunted Hotel ditayangkan.

Ia bukan sekadar kisah seram biasa. Filem ini ternyata menawarkan sesuatu yang lebih mencabar dan memerlukan penonton menggunakan akal fikiran sepanjang menontonnya.

Jalan ceritanya tidak mengelirukan. Namun, ia memerlukan penonton berfikir sedikit bagi memahami apa yang cuba disampaikan dalam cerita ini.

Ini kerana 90 peratus babak yang dipaparkan hanyalah imaginasi watak utama iaitu Ling yang mengalami tekanan perasaan.

Kisah sebenar hanya dipaparkan sedikit sewaktu awal dan pengakhiran Haunted Hotel.

Elemen seram juga berjaya dipaparkan dengan baik menerusi karakter hantu yang setaraf dengan filem seram dari Thailand dan Jepun.

Kejutan demi kejutan yang ditampilkan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang tayangan berlangsung.

Namun, penulis agak kurang berkenan dengan babak di Lebuhraya Karak yang begitu klise dan sudah banyak kali dipaparkan dalam filem lain sebelum ini.

Dari segi watak, Aom Sushar sememangnya berjaya dalam percubaannya kali ini. Aktres Thailand itu mendapat pujian ramai sewaktu sidang media berlangsung kerana kejayaannya berbahasa Mandarin dalam filem ini.

Namun, penulis agak kecewa kerana aktor Malaysia seperti Alvin Chong dan Nadia Aqilah hanya membawa watak kecil.

Walaupun muncul dalam tiga babak sahaja, watak Nadia Aqilah sememangnya memberi impak terhadap filem ini.

Dalam imaginasi Ling, Nadia adalah seorang pesakit yang membantunya berhubung dengan roh jahat. Namun, watak sebenar Nadia hanyalah doktor di sebuah hospital.

Alvin pula hanya memegang watak sebagai penyambut tetamu hotel dan kemunculannya seolah-olah sebagai pelaris filem ini sahaja.

Secara keseluruhan, filem ini merupakan satu filem seram yang bermutu dan harus ditonton oleh semua penggemar genre ini.

The post Tiga Negara Dalam ‘Haunted Hotel’ appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ichQCS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.