Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tragedi kepala air: Mangsa lemas ketiga, Anis Shahtirah ditemui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tragedi kepala air: Mangsa lemas ketiga, Anis Shahtirah ditemui

LANGKAWI: Mayat ketiga mangsa lemas tragedi air terjun Kampung Buku, berhampiran Lubuk Semilang, Langkawi ditemui pagi ini.

Mangsa, Anis Shahtirah Saad, 12, ditemui kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 11.46 pagi ini.

Anis Shahtirah merupakan antara tiga mangsa lemas telah ditemui buat masa ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam seorang kanak-kanak perempuan, Qistina Putri Wira, 11, ditemui lemas manakala tiga mangsa lagi yang hilang dihanyutkan arus deras sementara tiga lagi berjaya diselamatkan di kawasan air terjun Kampung Buku, dekat Lubuk Semilang, Langkawi.

Mangsa kedua, Noraiman Wahida Mohd Rosli, 11 ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 12.40 tengah malam tadi.

Operasi SAR diteruskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan dibantu Polis Diraja Malaysia bagi mengesan seorang lagi mangsa yang dikhuatiri masih hilang iaitu Siti Aisyah Kassim, 5, dari Bukit Malut, Langkawi.

BACA: Lemas 'pembunuh kedua tertinggi' kanak-kanak di negara ini



Sumber Tragedi kepala air: Mangsa lemas ketiga, Anis Shahtirah ditemui

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ylaNgs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.