TUNKU MAHKOTA JOHOR, ISTERI DIKURNIA PUTERA
JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda dikurniakan seorang putera, hari ini.
Khabar gembira tersebut dimuat naik dalam posting terbaru laman Facebook JOHOR Southern Tigers yang merafak syukur kepada ALLAH SWT dan mengucapkan tahniah kepada pasangan DiRaja itu.
“Merafak syukur kepada ALLAH SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda atas keputeraan waris kepada takhta kerajaan Johor pada 14hb Oktober 2017 di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“YM Che Puan Khaleeda dan puteranya berada dalam keadaan sihat walafiat,” katanya seperti dipetik dalam laman Facebook JOHOR Southern Tigers di sini hari ini.
Dalam posting berkenaan turut memaparkan kenyataan rasmi dari Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berhubung khabar berita itu.
“Jumaah Majlis DiRaja sukacita mengumumkan keputeraan seorang waris takhta Kerajaan Negeri Johor pada hari ini,” katanya.
Pada tahun lalu, Tunku Ismail dan isterinya dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah Tunku Ismail.
Putera kepada Tunku Mahkota Johor itu merupakan cucu kedua buat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar serta Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
– Sinar Harian
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ghMQRf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment