Ustaz Ini Dakwa Lelaki Kaya Yang Tak Berpoligami Akan Masuk Neraka
Seorang penceramah bebas di Indonesia, Ustaz HM Das’at Latief dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahwa lelaki kaya yang tidak berpoligami kelak akan masuk neraka.
Kenyataan beliau tersebut di ungkapkan olehnya didalam sebuah program tv di negara berkenaan baru-baru ini.
“Suatu rahsia yang harus di ketahui tentang poligami, bahwa banyak orang yang mampu namun mereka tidak melakukannya kelak mereka akan masuk neraka, kenapa? Kerana mereka hanya punya isteri satu “kata beliau.
“Nanti di akhirat kamu akan di tanya malaikat berapa rumahmu, berapa keretamu, berapa kali kamu naik haji, tiap tahun melaksanakan umroh dan ketika kamu hidup di dunia zakat dan sedekahmu dipertanyakan..”
“Banyak individu yang melewati pertanyaan ini dan ketika masuk kedalam sorga malaikat akan bertanya lagi.., Kamu memiliki kemewahan di dunia tapi kenapa isterimu hanya satu?
“Inilah yang menyebabkan kamu masuk neraka.., kamu tidak mahu berkahwin kerana takut dengan isteri. Kamu lebih takut isteri daripada tuhan?” soal penceramah tersebut.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun mendapat respon yang negatif dari kebanyakan pelayar media sosial khususnya kaum wanita.
Netizen yang menggunakan akaun bernama Navi di laman sosial facebook menyifatkan penceramah bebas berkenaan hanya memalukan Islam dengan membuat kenyataan sebegitu.
“Kalo surga besok isinya orang bgini.., sy milih utk tinggal dineraka..” ujar beliau. – UN
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yyOfd7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment