Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Isteri Failkan Cerai Tidak Tahan Sering Ditumbuk Dan Ditendang Oleh Suaminya Yang Sentiasa Mengigau Ketika Tidur Seperti Bergaduh.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Isteri Failkan Cerai Tidak Tahan Sering Ditumbuk Dan Ditendang Oleh Suaminya Yang Sentiasa Mengigau Ketika Tidur Seperti Bergaduh..


TAICHUNG, TAIWAN - Tidak tahan menjadi mangsa pukul suaminya yang kerap mengigau bergaduh di waktu malam, wanita berusia 60 tahun yang dikenali sebagai Wu, hampir bercerai. 

Menurut Wu, dia telah berkahwin dengan suaminya hampir 30 tahun, tetapi lelaki itu mula mengigau ketika tidur kira-kira 10 tahun yang lalu. 

Jelas Wu, pada awalnya suami dia hanya bercakap ketika tidur. Namun sejak beberapa tahun ini dia sering menumbuk dan menendang seperti bergaduh. Sehingga pada satu tahap, Wu juga pernah memfailkan aduan keganasan rumahtangga terhadap suaminya kerana sering ditumbuk dan ditendang lelaki itu ketika tidur. 


Bagaimanapun, selepas pasangan itu berbincang, lelaki itu bersetuju untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuang Tian. 

Doktor Yang Chun-bei yang bertanggungjawab merawatnya berkata, lelaki itu mengalami satu keadaan yang dikenali sebagai gangguan perilaku tidur gerak-mata cepat (REM) yang menyebabkannya membuat pergerakan fizikal seperti di dalam mimpinya daripada membiarkan ia bermain di minda seperti manusia normal. 


Keadaan pelik itu hanya berlaku ketika fasa tidur nyenyak REM, iaitu apabila mimpi berlaku. Lelaki itu juga tidur di pusat kajian tidur di hospital berkenaan yang mana aksinya menumbuk dan menendang ketika tidur turut dirakam kamera. 

"Ini adalah tanda klasik gangguan perilaku tidur REM dan ia sebenarnya boleh dirawat dengan bantuan ubatan. 


"Pesakit itu kini menjalani satu rawatan yang membantu menyelamatkan perkahwinan dan hubungan dengan isterinya," katanya.

 Doctor Yang Chun-bei treated the man and hopes he will be able to manage his symptoms
Doktor Yang Chun-bei

Menurut kajian, pesakit yang mengalami masalah itu jarang mencederakan diri mereka. Sebaliknya sering memberi kesan kepada sesiapa yang tidur di sebelahnya. 

VIDEO:




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xm9B8W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.