Video: Kucing liar ini berkeras mahukan makanan dalam beg plastik, sebabnya akan buat anda rasa nak nangis
Video: Kucing liar ini berkeras mahukan makanan dalam beg plastik, sebabnya akan buat anda rasa nak nangis
Jika anda menabur makanan dihadapannya, kucing berwarna oren ini akan buat tidak tahu sahaja sebelum meninggalkan makanan tersebut. Namun, ia bukanlah seekor kucing liar yang sombong.
Tabiat pelik kucing itu menimbulkan tanda tanya orang yang selalu memberikannya makanan yang diletakkan di dalam beg plastik.
Apabila ia mendapat beg plastik bermakanan itu, kucing yang diberi nama Dong Suk itu akan berlalu pergi menggonggong makanan terbabit.
Kemana? SBS TV dalam satu video mendedahkan punca sebenar mengapa kucing itu terlalu inginkan makanan berbeg plastik.
“Saya sudah memberi makan kepada kucing selama 5 tahun, tapi tak ada kucing yang berpelakuan pelik macam Dong Suk.” kata pemberi makan itu.
Tapi mengapa? Biarkan foto dibawah berbicara.
Rupa-rupanya, Dong Suk mahu memberi makanan itu kepada satu-satunya permata hatinya. Dan ketika anaknya itu sedang makan, ia cuma memerhati dari belakang, mungkin menunggu sisa-sisa lebihan nanti.
Menurut pemberi makan, Dong Suk mempunyai empat ekor anak, tapi tiga darinya sudah mati. Disebabkan itu Dong Suk sangat menyayangi satu-satunya anaknya itu.
Tonton video penuh dibawah:
"동숙엄마! 사료 든 봉지 물고 어디가요?"다른 길고양이들과 다르게꼭 사료를 봉지에 넣어줘야 가져간다는데.. 왜?
Posted by SBS TV동물농장x애니멀봐 on 26hb September 2017
Sumber: SK
Sumber Video: Kucing liar ini berkeras mahukan makanan dalam beg plastik, sebabnya akan buat anda rasa nak nangis
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ykTBsA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment