Video: Peserta Gegar Vaganza musim ke-4, Elyana lepaskan cinta demi nyanyian
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Bakal memberikan saingan pada 29 Oktober ini di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4), penyanyi Elyana, 30, membuat keputusan sukar untuk meninggalkan cinta hatinya.
Video: Peserta Gegar Vaganza musim ke-4, Elyana lepaskan cinta demi nyanyian
Dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, 6, hasil perkahwinan bersama Khairul Anuar Hussin pada 2010, dia akui bukan mudah untuk mereka berdua saling berjauhan.
“Semestinya pertandingan ini menuntut komitmen maksimum jika saya mahu buktikan kredibiliti sebagai seorang penyanyi termasuk menghadiri sesi latihan mahupun raptai atau aktiviti berkaitan.
“Disebabkan faktor demikian, saya pasti tidak punyai banyak masa untuk bersama Cinta seperti sebelum ini. Bagaimanapun saya bersyukur kerana memiliki suami yang boleh diharapkan untuk mengisi ‘kekosongan’ tersebut,” ujarnya kepada Utusan Online.
Popular menerusi lagu Tak Tercapai Akalmu, Elyana berharap dapat memberi tumpuan penuh terhadap pembabitan dalam GV4.
Pernah dilabel Ikon Remaja Malaysia dek kemasyhuran yang dikecapinya dulu, anak kelahiran Shah Alam itu juga meletak harapan untuk melangkah sejauh yang boleh.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Video: Peserta Gegar Vaganza musim ke-4, Elyana lepaskan cinta demi nyanyian
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zotKgP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment