Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wah! 32 KG Berat Badan Hilang Tanpa Bedah & Ambil Pil, Cuma Amal 12 Tip Diet Sihat & Pantas..Jom Kita Cuba!.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wah! 32 KG Berat Badan Hilang Tanpa Bedah & Ambil Pil, Cuma Amal 12 Tip Diet Sihat & Pantas..Jom Kita Cuba!..


Sekarang ini jika kita perhatikan banyak produk pelangsingan badan dijual di pasaran. Semuanya disertakan dengan promosi yang kadang-kadang menggugat hati untuk membeli. Ini disebabkan pertambahan berat badan secara mendadak dek kerana selera makan yang makin bertambah. Apabila ada yang menegur, mulalah gelabah berdiet untuk menurunkan berat badan.

Namun begitu, memang susah untuk kita menurunkan berat badan jika tidak disertakan dengan disiplin yang kuat. Lebih-lebih lagi banyak godaan daripada kawan-kawan yang tidak putus-putus mengajak anda untuk makan. Sukar untuk ditolak apatah lagi setelah anda memikirkan pasti akan ada jalan lain untuk kurus.


Tidak dinafikan terdapat pelbagai pelbagai cara dan teknik yang boleh dilakukan untuk mendapatkan tubuh badan yang kurus tanpa perlu menjalani proses pembedahan ataupun mengambil pil yang boleh membahayakan kesihatan.

Admin nak kongsi diet secara sihat daripada Fadhlina Halipah yang pernah mengalami berat badan dan dia berjaya menurunkan beratnya sehingga 32 kg. Cara dietnya cukup mudah dan penuh dengan ilmu. Dia begitu menjaga pemakanannya dan paling penting disiplin untuk mendapatkan apa yang diimpikan.

Beza setahun yang lalu.

Ada matlamat dan sasaran. Contohnya jika hendak menurunkan 30kg, jangan terus sasarkan jumlah itu, sebaliknya cuba turunkan tiga hingga empat kilogram sebulan. Lakukan berulang kali, konsisten dan disiplin.


2. Perlu ada rancangan hidangan yang lengkap dengan keperluan makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan badan. Turun berat tanpa perlu berlapar.

Orang yang sama, bulan berbeza.

3. Rasa seronok dengan rancangan hidangan, jangan tertekan dan diet perlu warna-warni.

4. Konsep nasi segenggam. Pilih lauk sama ada ikan atau ayam yang dikukus, direbus atau dipanggang. Pemilihan lauk sangat penting.

Menu pagi sampai malam.

5. Elak minum air manis, lebihkan air kosong serta buah.

6. Makan sedikit tapi kerap, seeloknya enam kali sehari dengan selangan tiga ke empat jam.


7. Jangan tertipu dengan pembungkusan atau iklan makanan. Baca nutrisi pada label terlebih dulu.

Sihat dan mengenyangkan.

8. Fokus kepada 80 peratus pemakanan, 20 peratus senaman dan 100 peratus minda. Kita gemuk dengan makan, jadi hendak turun berat, seharusnya betulkan cara pemakanan.

9. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang berbeza dan unik.


10. Carilah kawan atau komuniti yang ada misi yang sama, baru rasa bersemangat.

11. Tidur awal dan dapatkan tidur yang berkualiti.

12. Kawal emosi. Tekanan juga memberi kesan kepada badan. Nak turun berat perlu makan dengan betul, bukan makan sikit. Semoga membantu.





Sumber: Hijabista


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h2Rn7c

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.