Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wan Ji ditahan selepas sampaikan khutbah Jumaat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wan Ji ditahan selepas sampaikan khutbah Jumaat

wan-ji-wan-hussin-kena-tangkap-1-1
PETALING JAYA: Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin hari ini ditahan polis sejurus selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan media.
Wan Ji yang juga ketua Exco Agama Pemuda PKR itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.

“Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Wan Ji ditahan,” kata Saifuddin.
Polis mengesahkan penahanan tersebut dan berkata Wan Ji ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Penahanan Wan Ji berlaku beberapa hari selepas penceramah agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang kini turut ditahan di bawah Akta Hasutan, memuat naik gambar Wan Ji dengan ayat “Wan Ji mahu sistem raja dihapuskan”. FMT

✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ylV15J

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.