Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita British maut bot langgar suar di selatan Perancis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita British maut bot langgar suar di selatan Perancis

AVIGNON: Seorang wanita British terbunuh, selepas terjatuh dari bot yang terlanggar suar di Sungai Rhone, selatan Perancis malam kelmarin.

Perkhidmatan bomba berkata, mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemui penyelam pada kedalaman enam meter. Lima mangsa lain termasuk seorang warga Britain, turut cedera dalam insiden itu.

Lapan rakan mangsa berusia di antara 20 hingga 30 tahun, masing-masing empat warga Perancis dan British, berada di atas bot sepanjang tujuh meter itu bersama pengendali berusia 50-an ketika terlanggar suar pada jam 10.45 malam kelmarin.

Lima mangsa dibawa ke hospital tempatan selepas insiden itu, dua daripadanya serius. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan.

"Semua orang termasuk mangsa belum dapat disoal kerana berada dalam trauma," kata polis. - AFP



Sumber Wanita British maut bot langgar suar di selatan Perancis

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xX3Fsc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.