Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita UMNO Keningau Sedia Hadapi PRU14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita UMNO Keningau Sedia Hadapi PRU14

TAMBUNAN – Pergerakan Wanita UMNO Keningau telah menyusun jentera pilihan rayanya selain mempersiap petugas di setiap Pusat Daerah Mengundi dalam kawasan berkenaan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Ketuanya Amelia Ajun.

“Pergerakan Wanita UMNO Keningau sudah bersedia menghadapi pilihan raya akan datang. Anggota pergerakan Wanita juga telah dihantar menyertai beberapa seminar dan kursus berkaitan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Amelia berkata Wanita UMNO Keningau optimis ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Keningau iaitu Liawan, Bingkor dan Tambunan akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Katanya pergerakan itu turut yakin kerusi Parlimen kawasan tersebut, yang kini disandang oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, akan dimenangi dengan mudah dan kekal milik BN.

Sehubungan itu, Amelia mengajak kesemua anggota Wanita UMNO termasuk daripada parti komponen BN di kawasan berkenaan untuk terus memperkukuh kerjasama antara mereka bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti.

“Kita perlu terus melipatgandakan usaha untuk mendekati rakyat,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gkQeL8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.