Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warga asing dalangi sindiket pasport palsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warga asing dalangi sindiket pasport palsu

GEORGETOWN: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan sembilan warga asing, malam tadi, dipercayai terbabit dalam sindiket pemalsuan pasport.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata semua mereka yang berusia lingkungan 4 tahun hingga 47 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam di sebuah pangsapuri di Jelutong, yang dipercayai dijadikan sebagai pusat operasi sindiket terbabit.

Beliau berkata, suspek yang ditahan adalah enam lelaki warga Bangladesh, dua kanak-kanak dan seorang wanita warga Indonesia.

Katanya, hasil siasatan yang dijalankan mendapati, seorang daripada warga Bangladesh yang ditahan dipercayai dalang dalam sindiket pemalsuan dokumen berkenaan dengan bekerja sebagai ejen atau orang tengah.

SEBAHAGIAN 94 pasport warga asing dan wang berjumlah RM15,000 serta dokumen perjalanan yang dirampas pihak Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan di dalam premis berkenaan turut menemui pelbagai jenis dokumen, termasuk 94 pasport palsu warganegara Bangladesh dan wang tunai berjumlah RM15,000.

"Kita percaya semua pasport palsu itu dijual kepada majikan.

"Majikan juga dipercayai menggunakan orang tengah iaitu ejen bagi memudahkan proses dokumen pengenalan diri bagi pekerja warga asing yang digajikan," katanya pada sidang media, sebentar tadi.

Beliau berkata, kegiatan pemalsuan pasport itu dipercayai aktif dalam jangka masa yang lama dan siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengesan jika masih ada pihak yang terbabit dalam aktiviti itu.

"Difahamkan, ejen terbabit sudah menetap di negara ini sejak 20 tahun lalu dan berkahwin dengan wanita warga Indonesia.

"Kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terbabit," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) F Akta Pasport 1966.



Sumber Warga asing dalangi sindiket pasport palsu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gJJ28n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.