WhatsApp Dijangka Hadir Dengan Sokongan Panggilan Berkumpulan
WhatsApp pada hari ini sedia menawarkan sokongan panggilan audio dan video satu-ke-satu. Terkini, laporan baru hadir daripada WABetaInfo, mengatakan WhatsApp kini dalam proses sedang membangunkan fungsi sokongan panggilan berkumpulan pada aplikasi mereka.
Buat masa ini, ia dikatakan pada peringkat pembangunan – dan mungkin diperkenalkan hanya sekitar 2018 kelak.
Dengan pengenalan ciri ini, ia tidak mustahil untuk melihat WhatsApp bersaing dengan Skype dan sebagainya untuk tujuan panggilan dikalangan pengguna perusahaan dan sebagainya. WhatsApp sendiri buat masa ini sedang dalam proses memperkenalkan ciri WhatsApp Business, selain turut sedang membangunkan beberapa ciri-ciri lain yang baru – termasuk kebolehan memanggil kembali mesej yang tersilap hantar.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hIAFJM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment