Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wilayah Quebec di Kanada larang penjawat awam berniqab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wilayah Quebec di Kanada larang penjawat awam berniqab

Dasar itu yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2018 menyasarkan penjawat awam seperti guru, anggota polis, pekerja hospital dan pengasuh.

niqabQUEBEC: Quebec pada Rabu meluluskan undang-undang mengharamkan penjawat awam memakai niqab, dasar yang dikritik kumpulan hak asasi sebagai meminggirkan wanita Islam di wilayah Kanada yang majoriti penduduknya berbahasa Perancis.

Undang-undang yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2018 bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas jenis penutup muka yang diharamkan. Sebahagian besar perdebatan mengenai dasar itu memfokuskan niqab yang dipakai sesetengah wanita Islam yang menutup keseluruhan muka, kecuali mata.

Individu terjejas akibat dasar itu termasuklah penjawat awam seperti guru, anggota polis, pekerja hospital dan pengasuh.

Seperti Perancis yang melarang pemakaian niqab, salib dan simbol agama lain di sekolah pada 2004, Quebec berusaha memulihkan identiti sekularnya dengan jumlah penduduk Islam semakin meningkat yang kebanyakannya ialah pendatang dari Afrika Utara.

“Kami berbuat demikian atas sebab berkaitan komunikasi, pengenalan dan keselamatan. Perkhidmatan awam harus diberi dan diterima dengan wajah terbuka,” kata Gabenor Quebec, Philippe Couillard kepada pemberita di Dewan Negara.

“Kita hidup dalam masyarakat yang bebas dan demokratik. Anda bercakap dengan saya, saya harus nampak wajah anda, dan anda sepatutnya nampak wajah saya juga. Semudah itu,” katanya.

Majlis Kebangsaan Islam Kanada bagaimanapun bimbang dengan kelulusan dasar itu dan mengkaji pilihan undang-undangnya.

“Undang-undang ini adalah pelanggaran kebebasan agama yang tidak wajar,” kata Pengarah Eksekutifnya, Ihsaan Gardee.

Dasar itu bagaimanapun memberi pengecualian dalam keadaan tertentu, namun tiada butiran terperinci diberikan. Kaedah pelaksanaan dasar baharu itu belum diumumkan.

Ditanya sama ada beliau akan mencabar undang-undang itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang mewakili daerah Montreal berkata, beliau akan terus memastikan semua rakyat Kanada dilindungi piagam hak dan kebebasan negara sambil “menghormati pilihan yang boleh dibuat dewan perundangan berbeza.”

Perancis, Belgium, Belanda, Bulgaria dan negeri Bavaria di Jerman melaksanakan sekatan ke atas pemakaian purdah di tempat awam, dan ia akan disusuli Denmark.

Beberapa kumpulan ekstremis sayap kanan dan media tempatan berbahasa Perancis kebelakangan ini menyasarkan umat Islam di Quebec dalam perdebatan lebih luas mengenai penyesuaian agama dan budaya minoriti di wilayah itu.

Kejadian berkaitan Islamofobia di Quebec meningkat beberapa tahun kebelakangan ini. Januari lalu, 6 terbunuh dalam satu kejadian tembakan di sebuah masjid di bandar Quebec dan seorang pelajar universiti Perancis-Kanada didakwa sebagai suspek tunggal.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Wilayah Quebec di Kanada larang penjawat awam berniqab

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yCkZ58

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.