Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Yurinomics’ Sebagai Platform Untuk Menentang ‘Abenomics’ Dalam Pilihanraya Jepun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Yurinomics’ Sebagai Platform Untuk Menentang ‘Abenomics’ Dalam Pilihanraya Jepun

Gabenor Yuriko Koike pemimpin parti pembangkang di Jepun dilaporkan akan mengenakan cukai lebih tinggi kepada syarikat-syarikat besar dan akan menutup loji nuklear dalam kempen pilihanraya parti beliau pada Jumaat.

Dalam manifesto beliau yang dinamakan sebagai “Yurinomics”, Koike berjanji akan membekukan peningkatan cukai penggunaan (consumption-tax) dan menamatkan diskriminasi kepada golongan homoseksual.

Walaubagaimanapun, Parti Kibo no To (Party of Hopes) ini dijangka akan mengekalkan pelonggaran polisi monetari buat masa ini jika memenangi pilihanraya.

Koike yang juga bekas pembaca berita dilihat sebagai pemimpin pembangkang yang berpotensi memberi tentangan sengit kepada Shinzo Abe dari Parti Liberal Demokratik (LDP). Dalam tinjauan pilihanraya yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan parti Abe masih lagi mendahului sokongan dengan selesa, dan ini adalah antara sebab pengukuhan Yen berbanding matawang-matawang lain pada Khamis.

Pasaran kewangan setakat ini tidak banyak terkesan daripada isu pilihanraya Jepun di mana indeks Topix merekod kenaikan empat minggu berturut-turut pada minggu ini dengan data terbaru dari Amerika Syarikat menunjukkan ekonomi yang kukuh.

Parti Koike juga mengakui beberapa kejayaan dalam program ekonomi  “Abenomics” termasuk peningkatan harga, kelemahan Yen dan juga pengangguran yang rendah. Namun, kejayaan ini tidak banyak memberi faedah kepada orang biasa.

Koike merancang untuk menjual aset kerajaan dan mengurangkan perbelanjaan termasuk pekerjaan awam dan gaji kepada ‘lawmaker’. Katanya, tiada layanan yang istimewa kepada rakan-rakan di mana beliau merujuk kepada dakwaan bahawa Abe yang mengamalkan Kronisme.

Manifesto parti beliau iaitu ‘Party of Hope’ (Kibo no To) akan mengenakan cukai kepada syarikat-syarikat besar di seluruh negara yang akan membantu mengimbangkan fiskal kerajaan.

Berikut merupakan janji Koike dalam manifesto pilihanraya:

  • Mendebatkan perubahan perlembagaan termasuk artikel 9
  • Kesamaan dalam perwakilan wanita di Parlimen
  • Menghapuskan institusi kewangan berkaitan kerajaan dan syarikat dana awam
  • Menghapuskan diskriminasi terhadap golongan homoseksual

The post ‘Yurinomics’ Sebagai Platform Untuk Menentang ‘Abenomics’ Dalam Pilihanraya Jepun appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xkskql

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.