Hi! Welcome Back and Stay Tune! Azizulhasni Kini Tumpu Kepada Kejohanan Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Azizulhasni Kini Tumpu Kepada Kejohanan Dunia

MALAYSIA hanya akan diwakili dua pelumba yang diketuai Azizulhasni Awang dalam Kejohanan Basikal Trek Dunia di Hong Kong, April depan, ketika tiada peserta wanita negara yang layak.

Pelumba yang terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’, Azizulhasni, dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, sahaja yang layak beraksi dalam kejohanan itu.

Pelumba muda atau ratu trek negara, Fatehah Mustapa, gagal melepasi had kelayakan berdasarkan ranking dunia.

“Saya hanya perlu fokus kepada persiapan, termasuk mempelajari melalui video untuk melihat taktik perlumbaan,” kata Azizulhasni. “Tetapi menyaksikannya melalui video memang berbeza dengan situasi sebenar.”

Selepas meraih pingat gangsa acara keirin Sukan Olimpik Rio 2016, Azizulhasni meneruskan momentum kemenangan dalam Kejohanan Basikal Trek Asia (ACC) dengan menggondol emas acara pecut, Ahad lalu.

Dalam pada itu, Fatehah — yang menghuni ranking ke-41 dunia acara keirin dan 68 untuk pecut — melahirkan kekecewaan sambil mengakui usahanya belum mencukupi untuk melayakkan diri ke kejohanan utama itu.

“Saya rasa kecewa kerana tidak dapat menyertai pasukan untuk ke Kejohanan Dunia tahun ini tetapi saya terpaksa berserah kerana saya sendiri yang tidak layak.

“Saya akan bekerja lebih kuat bagi melayakkan diri untuk musim akan datang,” katanya.

Azizulhasni dan Fatehah ditemui dalam majlis pengumuman tajaan daripada Yayasan CIMB di Menara CIMB, ibu negara, hari ini.

Selain dua pelumba itu, Siti Nur Alia Mansor dan Muhammad Khalid Nasiruddin turut menerima tajaan bagi membantu kontinjen negara memburu pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Azizulhasni berada di ranking pertama dunia dalam keirin ketika dia gagal memenangi acara itu dalam Kejohanan ACC di India, sebaliknya memperoleh emas dalam acara bukan kegemarannya, pecut.





Sumber : ☕ Berita Isu Panas

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.