Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Kunak Tahan Lima Lelaki Terlibat Dadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Kunak Tahan Lima Lelaki Terlibat Dadah

KUNAK – Polis Kunak menahan lima lelaki termasuk dua pendatang tanpa izin yang disyaki terbabit penyalahgunaan dan pengedaran dadah, dalam dua serbuan di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kunan Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata dalam serbuan pertama pada 5 petang di ladang kelapa sawit Tanah Rata, Jalan Kunak-Semporna, polis menahan empat individu termasuk seorang penyelia ladang.

Mereka ditahan di sebuah rumah di ladang itu dan pemeriksaan polis menemukan satu botol plastik mengandungi 20 peket plastik berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu bernilai RM500, katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam satu lagi serbuan pada 7 malam di Kampung Kunak Jaya, polis menangkap seorang lelaki yang dipercayai penganjur judi sabung ayam yang sebelum itu berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa, katanya.

“Pemeriksaan terhadap beg silang dipakai suspek menemukan satu peket plastik ubat, namun di dalamnya mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 2.7 gram (bernilai RM200) dan 12 biji pil merah disyaki erimin 5 (bernilai RM180),” katanya.

Polis turut merampas 18 ekor ayam dipercayai untuk kegiatan judi sabung ayam daripada suspek, katanya.

Kesemua suspek yang berusia antara 19 dan 42 tahun disiasat menurut Seksyen 12 (2), Seksyen 15 (1)(a) dan Sekyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…





Sumber : ☕ Berita Isu Panas

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.