Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Undi Saya Jika Tolak TMJ – Yusoff Mahadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Undi Saya Jika Tolak TMJ – Yusoff Mahadi

Image result for Mohd. Yusoff mahadi dan tmjKUALA LUMPUR 20 Feb. – Calon Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi memberitahu pewakilan yang bakal mengundi dalam pemilihan 25 Mac ini agar tidak memilih dirinya jika mereka me­­­nolak calon pre­­si­den, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) itu menjelaskan, beliau lebih selesa bekerjasama de­ngan Tunku Mahkota Johor (TMJ) berbanding pencabarnya Tan Sri Annuar Musa.

Yusoff bagaimanapun me­ngakui, belum memikirkan apakah tindakan bakal diambil andai ditakdirkan beliau dan Annuar memenangi pertan­dingan tersebut kerana tidak pernah bekerjasama de­ngan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu.

Selain Yusoff, dua lagi calon yang Timbalan Presiden FAM adalah pe­nyandang jawatan, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Naib Pre­siden Persatuan Bola Sepak Se­langor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal.

“Sekiranya TMJ dipilih sebagai Presiden FAM dan perwakilan memilih saya, saya amat berbesar hati tetapi jika mereka merasakan Tan Sri Annuar individu yang lebih layak saya pun minta mereka jangan memilih saya.

“Saya tidak pernah duduk (bekerjasama) dengan Annuar jadi saya tidak faham apakah pembaharuan yang beliau ingin bawa dalam FAM.

“Mungkin juga ada rakan lain yang boleh bekerjasama dengan beliau dan Tan Sri Annuar lebih selesa dengan calon yang boleh bekerjasama dengan dirinya.

“Saya agak terbuka dalam hal ini dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukannya.

“Itu jawapan saya. Kalau perwakilan memilih TMJ, saya sudi menawarkan diri dan jika majoriti perwakilan memilih Tan Sri saya pun minta mereka memikirkan gandingan yang sesuai dengan beliau.

“Kalau banyak perwakilan ­ingin Tan Sri, automatik tidak perlu pilih saya. Saya ada fikir juga kalau keadaan itu berlaku (Annuar dan Yusoff menang). Mungkin beliau tidak selesa be­kerja dengan saya dan saya tidak faham apa kehendak dan hala tuju Tan Sri.

“Itu akan menimbulkan kon­flik dan tidak dapat be­kerja dalam pasukan yang baik. Kita mahu FAM diterajui dalam satu pasukan,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM hari ini.

Mengulas mengenai tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Rozabil Abdul Rahman yang tidak berhasrat untuk bertanding biarpun pada awalnya me­nerima pencalonan, Yusoff menganggap ia dapat mengurangkan sedikit kesukaran perwakilan untuk membuat undian.

“Sama ada tiga atau empat calon saya fikir itu tidak ubah keadaan atau saya lebih berpeluang, cuma saya fikir perwakilan kurang sedikit pening untuk buat pilihan,” katanya.

Sementara itu, Christopher Raj menjadi bekas wartawan pertama yang akan bertanding bagi jawatan Exco FAM.

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kTsNF2

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.