Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kempen Antimerokok DBKU Diperkasakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kempen Antimerokok DBKU Diperkasakan

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menggunakan sepenuhnya saluran komunikasi termasuk media sosial, papan iklan, poster, risalah serta papan iklan elektronik bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap bahaya merokok.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Wahap Abang Julai berkata langkah tersebut sempena kempen antimerokok yang sedang dijalankan termasuk mewujudkan lebih banyak kawasan tanpa rokok di kawasan awam.

“Kami akan bekerjasama dengan jabatan kesihatan dan agensi berkaitan dalam menguatkuasakan perintah larangan merokok di kawasan yang telah diwartakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita hari ini selepas melawat Taman Budaya di sini yang telah diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok.

Menurutnya, mulai 1 Januari lepas, semua premis perniagaan di bawah DBKU diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok.

Di bawah pelan lima tahun ‘Kuching: Bandar Raya Bersih, Indah dan Selamat’, katanya, pihaknya turut mengadakan kempen di sekolah-sekolah dalam usaha melahirkan generasi baharu yang bebas tembakau.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kTH5oT

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.