PM: Arab Saudi pun akan beri ‘BR1M’, wujud GST
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata isu mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak seharusnya dianggap rasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan kerajaan Arab Saudi juga merancang untuk menyalurkan bantuan berbentuk wang kepada rakyatnya.
“Semalam saya berbual dengan beberapa menteri kerajaan Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi akan buat beberapa langkah. Pertama mereka buka akaun penduduk di Arab Saudi untuk dimasukkan duit kepada keluarga yang memerlukan bantuan.
Dalam ucapannya dalam satu acara di ibu negara hari ini, Najib berkata isu mengenai BR1M tidak wajar dipolitikkan kerana kerajaan Arab Saudi sendiri tidak menanggap ia sebagai rasuah, seperti didakwa Mahathir.
“Maka jika kerajaan Arab Saudi bagi bantuan dalam bentuk wang, dana kepada rakyat mereka yang memerlukan bantuan, mereka tak anggap itu rasuah, kalau kita buat ada yang anggap rasuah.
“Itu saya kata jangan politikkan, BR1M bukan rasuah, BR1M nak tolong rakyat yang memerlukan bantuan. Kita tak kata dapat BR1M mesti sokong kerajaan BN,” katanya.
Sementara itu, katanya, Arab Saudi sebagai negara yang kaya dengan hasil minyak turut akan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Ia sekali gus, kata Najib, menunjukkan langkah Malaysia melaksanakan cukai itu pada 2015 bukan langkah yang salah.
“Kerajaan Arab Saudi akan perkenalkan GST tak lama lagi, maknanya kita bukan langkah yang salah.
“Kerajaan Arab Saudi yang kaya dengan minyak pun perkenalkan GST, maka adalah sebab yang munasabah GST diperkenalkan,” katanya.
Sumber :
– http://ift.tt/2lVBZwH
The post PM: Arab Saudi pun akan beri ‘BR1M’, wujud GST appeared first on MyNewsViral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mtJqcm✍ Sumber : ☕ MyNewsViral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment