Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP Amal Pemerintahan Kuku Besi, Diktator – MCA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP Amal Pemerintahan Kuku Besi, Diktator – MCA

Spread the love

ALOR SETAR – Tindakan 182 anggota DAP di Melaka keluar parti baru-baru ini, jelas menunjukkan DAP mengamalkan pemerintahan kuku besi dan diktator, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Malah, Liow yakin lebih ramai anggota parti pembangkang itu akan membuat keputusan sama akibat tindakan pemimpin DAP terutamanya Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menindas anggotanya serta tidak mendengar suara akar umbi.

“Pemimpin parti lain sudah bertukar ganti, malah MCA sudah 10 kali tukar pemimpin tapi dia (Lim Kit Siang) sudah berpuluh tahun berada di sana dan pastikan anaknya (Lim Guan Eng) mendapat kuasa. Ia tak ubah seperti Lim Kit Siang and Son Sdn Bhd.

“Kita sudah jangkakan perkara ini, memang rakyat melihat pemimpin DAP tiada hala tuju dan hanya mahu menjaga kepentingan kuasa masing-masing,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Majlis Keselamatan Jalan Raya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan 182 anggota DAP keluar parti kerana menyifatkan tingkah laku kepimpinan DAP sudah bertentangan dengan perjuangan asal parti berkenaan.

Pada 12 Feb lepas, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang Lim Jak Wong, ADUN Kesidang Chin Choon Seong dan Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him mengumumkan keluar DAP. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mZKDv0

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.