Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala AFC: Safiq Mahu JDT Menang Besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala AFC: Safiq Mahu JDT Menang Besar

Spread the love

JOHOR BAHRU – Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim mahu rakan sepasukannya tampil dengan selera besar mencari gol sebanyak mungkin apabila berdepan Global FC dari Filipina, di laman sendiri esok.

Bagi Safiq, JDT perlu menamatkan aksi ketiga peringkat Kumpulan F Piala AFC dengan kemenangan besar bagi memastikan mereka dapat merampas kedudukan sebagai pendahulu kumpulan daripada Global FC.

“Kemenangan adalah yang paling utama, tetapi berada di kedudukan teratas kumpulan juga merupakan sasaran kerana pasukan akan berehat untuk beberapa hari selepas ini.

“Oleh itu, saya berharap aksi di hadapan penyokong sendiri esok dapat memberi kelebihan untuk JDT memastikan kemenangan besar,” kata Safiq dalam sidang media di sini, hari ini.

Skuad Harimau Selatan yang dibimbing Benjamin Mora kini menduduki tempat kedua Kumpulan F selepas mengumpul empat mata daripada dua perlawanan, di belakang Global FC yang mendapat enam mata.

Oleh itu, pertemuan JDT menentang Global FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini malam esok, adalah peluang terbaik untuk pasukan berkenaan memintas pendahulu kumpulan tersebut.

Namun pada masa sama, Safiq tetap mengingatkan rakan sepasukan agar tidak memandang rendah kemampuan lawan kerana ini merupakan kali pertama JDT berdepan mereka.

“Kelab itu membariskan ramai pemain kebangsaan dan mereka juga mempunyai kekuatan tersendiri. Tapi seperti yang saya selalu cakap, kita harus risau dengan pasukan sendiri terlebih dahulu.

“Jika kesemua pemain dapat melaksanakan setiap tugas dengan terbaik selain mematuhi setiap arahan yang diberikan jurulatih, insyaAllah kita boleh dapat keputusan yang terbaik,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mZL6NY

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.