Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS Perlu Lepas Semua Jawatan Di Kerajaan Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS Perlu Lepas Semua Jawatan Di Kerajaan Selangor




Sekiranya Pas memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR secara muktamad, semua ahli Pas yang mempunyai jawatan dalam Kerajaan Selangor  wajar meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tidak logik bagi Pas memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi pada masa yang sama terus duduk bekerjasama sebagai sebuah kerajaan di Selangor.

"Di mana logiknya memutuskan hubungan dengan Amanah dan DAP (sebelum ini) dan kini mahu memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi pada masa yang sama terus duduk bekerjasama sebagai sebuah kerajaan di Selangor?

"Sebarang tindakan yang lain dari itu akan memualkan rakyat kerana ruang politik pembangkang akan dilihat banyak berkisar kepada serangan kepada kawan sendiri (termasuk mengisytiharkan bertanding di kerusi-kerusi PKR) sedangkan pada masa yang sama masih mahu menerima habuan dari jawatan yang disandang di Selangor," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa sama turut melahirkan rasa kesal berhubung serangan dan kritikan kasar terhadap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang Menteri Besar Selangor yang dibuat oleh perwakilan Dewan Ulama Pas semasa perbahasan semalam.

"Saya ambil maklum usul yang diluluskan tanpa bahas oleh Dewan Ulama Pas dan tidak terkejut jika usul yang serupa akan terus diluluskan sepanjang berlangsungnya Muktamar Pas pada hari ini.

"Pas juga menzahirkan secara jelas tanpa berselindung untuk memimpin beberapa negeri termasuk Selangor yang kini diterajui PKR.Sebarang keputusan Pas yang bakal diambil adalah hak Pas dan PKR akan menghormatinya," katanya lagi.

Perwakilan Dewan Ulama Pas Selangor semalam memberi 'nasihat' kepada Mohamed Azmin agar tidak bermulut celupar dengan menghina ulama.

Menurut Nik Bakri Nik Mat, beliau berkata demikian sebagai merujuk tindakan Azmin sebelum ini yang menggelar seseorang sebagai 'tok lebai yang kalah tersungkur'.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oP0dqm

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.