Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahmad Idham tak senang media angkat Maria Ozawa jadi bahan berita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahmad Idham tak senang media angkat Maria Ozawa jadi bahan berita

Laporan kedatangan bekas pelakon aksi lucah Maria Ozawa di sini tidak disenangi seorang pengarah filem tempatan.

Maria Ozawa berada di Kuala Lumpur dengan teman lelakinya, warga Filipina, pelakon dan cef Jose Sarasola. — Foto ihsan Instagram/Maria Ozawa

Merungut di Twitter, Ahmad Idham Nadzri mempertikai media yang “mengangkat bintang pornografi sebagai bahan berita”.

“Apa yang kau fikir, hah? Come on lah, bintang lucah, kot!” coret pengarah popular itu kelmarin, hari pelakon Jepun itu meninggalkan Malaysia.

 

 

Maria, yang pernah terlibat dalam industri filem dewasa selama lima tahun sehingga 2010, memuatkan foto-foto kunjungan di sini.

Susulan itu, ramai peminatnya meluahkan rasa teruja di laman Instagram miliknya. Carian namanya juga meledak naik di Google.

Peminat lelaki Maria di Malaysia sempat berswafoto bersamanya di sini dan mengabadikan kenangan itu di media sosial masing-masing.

Selain filem lucah, pelakon itu juga terlibat dalam filem Invitation Only (Taiwan), Menculik Miyabi (Indonesia) dan juga Nilalang (Filipina).

Beliau, berdarah kacukan Jepun dan Kanada-Perancis, bersama kekasihnya Jose Sarasola merakam foto lawatan di sini mulai 6 April lalu.

Selain Ahmad Idham, seorang pensyarah menyifatkan minat luar biasa pada pelakon itu membayangkan “adat ketimuran dan nilai Islam makin terhakis.”

“Keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangan bekas pelakon lucah Jepun ini dilihat manifestasi adat ketimuran dan nilai Islam di negara ini semakin terhakis,” kata Dr Kamarulzaman Yusof kepada Harian Metro.

“Saya juga melihat bahawa keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangannya menunjukkan mereka mengikuti perkembangan artis itu, termasuk menonton filem tidak bermoral yang dihasilkan wanita itu.”

Sumber: Projek MMO



Sumber Ahmad Idham tak senang media angkat Maria Ozawa jadi bahan berita

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pFwD72

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.