Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tumpuan Pasaran Terarah Kepada Data Harga Pengguna US 8.30 Malam Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tumpuan Pasaran Terarah Kepada Data Harga Pengguna US 8.30 Malam Ini

The Fed akan terus meneliti data inflasi US. Selain daripada data jualan runcit, pasaran juga akan terus memerhati pergerakan trend harga domestik pada Jumaat dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada polisi monetari bank pusat US.

Data harga pengguna US akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini di mana pasaran menjangkakan harga pengguna naik 0.3%, manakala inflasi-teras (core-inflation) juga naik 0.2%.

Dari segi tahunan inflasi teras (Core-CPI) dijangka akan mencapai paras 2%. Inflasi teras dilihat sebagai data petunjuk inflasi yang lebih baik bagi melihat trend pergerakan inflasi dalam jangka panjang yang tidak mengambil kira makanan dan bahan api.

Kenaikan inflasi sudah tentu dilihat sebagai pemangkin (catalyst) untuk menolak kenaikan kadar The Fed.

Jika dilihat dalam pasaran hadapan kadar faedah The Fed (Fed Fund Future), potensi kenaikan pada Jun kini berada di sekitar 74%.

Dalam sesi Khamis kita telah melihat satu lagi data inflasi harga pengeluar (Producer Price Index,PPI) telah merekod kenaikan pada April di mana inflasi terasnya juga meningkat.

Harga pengeluar untuk bulan April naik 0.5% melebihi jangkaan 0.2% dan juga bacaan sebelum itu yang merekod kemerosotan 0.1% pada Mac.

Secara keseluruhan pasaran melihat data harga pengeluar yang dikeluarkan pada Khamis begitu positif dan ia akan menjadi pemangkin kepada keyakinan pasaran jika data harga pengguna malam ini juga positif. Ia sekaligus akan melonjakkan lagi potensi kenaikan kadar faedah The Fed pada Jun dan terus menyokong US dolar.

The post Tumpuan Pasaran Terarah Kepada Data Harga Pengguna US 8.30 Malam Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2prYqMO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.