Hi! Welcome Back and Stay Tune! KDN Panggil Ketua Pengarang Akhbar Bahasa Inggeris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KDN Panggil Ketua Pengarang Akhbar Bahasa Inggeris


KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata pihaknya amat kecewa terhadap tindakan akhbar terbabit yang memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan sambil tajuk muka depannya 'Malaysian terrorist leader'.

Katanya, KDN akan memanggil Ketua Pengarang akhbar terbabit bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan mereka yang disifatkannya sebagai tidak sensitif terhadap umat Islam di negara ini.

"Esok kita akan panggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya hari ini.

"Jika KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab," katanya ditemui pada Program Penerapan Nilai-Nai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN, di sini, hari ini.

Alwi berkata, tindakan akhbar terbabit sangat mengecewakan lebih-lebih lagi KDN sudah memanggil pengurusan syarikat akhbar terbabit pada 23 Mei untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan.

"Bagaimanapun, apa yang mereka keluarkan hari ini adalah sangat mendukacitakan," katanya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruJVZg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.