Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemilik Kenderaan Berat Degil Guna Tayar Celup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemilik Kenderaan Berat Degil Guna Tayar Celup


CAMERON HIGHLANDS – Usaha pihak berkuasa memperketat penguatkuasaan larangan penggunaan tayar celup tanpa kelulusan Sirim Berhad tidak akan berhasil jika jika pemilik kenderaan sendiri tidak mahu mengubah sikap, kata Penasihat Kementerian Pengangkutan, Tan Sri M. Kayveas.

Beliau berkata penggunaan tayar celup yang tidak mengikut piawaian terutamanya kenderaan perdagangan berat seperti lori, treler dan bas dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Katanya, kecenderungan pemilik kenderaan menggunakan tayar celup tanpa kelulusan Sirim kerana ia lebih murah berbanding tayar baharu tanpa menyedari ia memberi ancaman keselamatan kepada pengguna jalan raya terutama apabila berlaku kemalangan.

“Adalah sukar untuk membendung penggunaannya jika pemilik kenderaan tidak mahu mengubah sikap dan mentaliti walaupun kementerian mengetatkan lagi undang-undang penggunaan tayar celup,” katanya.

Kayveas bercakap kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Cameron Highlands berjumlah RM12,000 di Tanah Rata di sini, hari ini.

Kayveas, yang juga presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP), berkata kerajaan tidak pernah berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap mana-mana syarikat pengeluar tayar celup yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Difahamkan, tayar celup lebih murah berbanding tayar baharu yang mencecah harga sehingga RM2,000 sebiji mengikut jenama dan saiz berbanding tayar celup sekitar RM500 sebiji.

Tayar celup diperbuat daripada tayar lama dan ditambah bahan getah, menjadikannya seakan-akan tayar baharu. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s3yzIG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.