Hi! Welcome Back and Stay Tune! MRT Fasa 2 Semantan-Kajang Siap 99 Peratus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MRT Fasa 2 Semantan-Kajang Siap 99 Peratus

SEPANG – Pembinaan Fasa 2 perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang kini 99 peratus siap dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengikut jadual pada 17 Julai ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata  laluan sepanjang 31km itu kini dalam proses pelbagai ujian dan fasa kedua itu akan melengkapkan operasi laluan MRT Sungai-Buloh-Kajang sepanjang 51km.

Fasa 1 MRT sepanjang 20km dari Sungai Buloh-Semantan mula beroperasi Disember lepas.

Katanya, ujian ini perlu dijalankan bagi memastikan pergerakan tren tidak mengalami kecacatan selepas perkhidmatan dilancarkan.

“Kalau kita lihat tren sudah sampai ke Kajang.., itu adalah proses pengujian,” katanya kepada pemberita pada majlis  penghantaran 49 Kapten Tren Haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Makkah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),di sini hari Ini.

Mengulas projek Rel Transit Ringan (LRT) Line 3 (LRT3) dari Bandar Utama di sini ke Johan Setia, Klang, Azmi berkata tender utama akan diberikan bulan depan dan projek bernilai RM9 bilion itu dijadual siap pada Ogos 2020.

Mengenai status bidaan pengangkutan awam di Indonesia dan India, Azmi tanpa mengulas lanjut, memaklumkan Prasarana sedang bekerjasama untuk melatih pekerja dengan Jakarta MRT dan LRT  melatih pekerja untuk Malaysia-Indonesia.

Syarikat itu kini dalam proses pembidaan atau rundingan awal dengan tiga pasaran luar iaitu Brunei, Indonesia dan India bagi menjadi operator dalam pelbagai sistem pengangkutan awam. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s0sAUS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.