Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasukan keselamatan Arab Saudi patahkan cubaan bom Masjidil Haram di Mekah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasukan keselamatan Arab Saudi patahkan cubaan bom Masjidil Haram di Mekah

Pasukan keselamatan Arab Saudi berjaya mematahkan satu rancangan serangan bunuh diri yang menyasarkan Masjidil Haram di Mekah pada Jumaat.

Ia setelah mereka bertindak mengepung seorang pengebom nekad di sebuah pangsapuri di pinggir kota suci itu yang akhirnya meletupkan dirinya sendiri.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen negara itu, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan mereka mengenalpasti tiga kumpulan sedang merancang melancarkan serangan ke atas jemaah dan pasukan keselamatan sewaktu hari-hari terakhir bulan Ramadan.

 

 
Pasukan keselamatan Arab Saudi patahkan cubaan bom Masjidil Haram di Mekah

Pasukan keselamatan Arab Saudi patahkan cubaan bom Masjidil Haram di Mekah

Bangunan terbabit turut juga runtuh menyebabkan enam warga asing dan lima anggota keselamatan mengalami kecederaan. – Foto Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi

Dalam insiden kepungan itu, seorang perancang telah berbalas-balas tembakan dengan pasukan keselamatan sebelum meletupkan dirinya setelah sedar dirinya terkepung di sebuah pangsapuri dalam kejiranan Ajyad al-Masafi berhampiran kawasan masjid.

Rumah itu juga dipercayai menjadi markas untuk melancarkan serangan oleh kumpulan terbabit.

Bangunan terbabit turut juga runtuh menyebabkan enam warga asing dan lima anggota keselamatan mengalami kecederaan.

Sementara itu, pada awal hari yang sama, pasukan keselamatan telah menembak mati seorang lelaki yang diburu kerana dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas. Kejadian berlaku di kejiranan al-Aseelah.

Selain itu satu lagi kumpulan telah berjaya dipatahkan di Jeddah dan susulan itu lima individu termasuk seorang wanita telah ditahan.

Via: Awani



Sumber Pasukan keselamatan Arab Saudi patahkan cubaan bom Masjidil Haram di Mekah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t7cJbf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.